Thursday 29 September 2016

Taska Bondamama FAMIMA - Seni Mendidik Anak-anak FAMIMA.

Ada yang beranggapan anak-anak kecil, suka bermain dan sukar diasuh. Anak-anak cepat boring, mudah hilang fokus dan sukar dilentur. Anak-anak zaman sekarang tidak sama seperti zaman dahulu, semua mendengar kata. Patuh arahan ibu bapa. Tak berani melawan.

Mungkin ada benarnya. Tetapi, tidakkah kita juga tahu anak-anak sebenarnya menunggu tunjuk ajar dan bimbingan kita? Tidak semestinya mereka tidak ikut bermakna mereka tidak dengar.

Pengalaman mendidik anak-anak FAMIMA banyak mengajar realiti pendidikan yang sebenar. Jangan terkejut, jika kita mengajar anak "A" surah al-Fatihah dan anak "B" ayatul kursiy, sebenarnya anak "A" juga mampu membaca ayatul kursiy akhirnya. Mereka belajar tanpa kita sedari. Mereka belajar melalui apa yang mereka lihat, bukan apa yang kita lihat. Mereka belajar melalui apa yang mereka dengar, bukan apa yang kita dengar. Pendidikan anak-anak adalah satu seni yang hanya diperolehi melalui pengalaman.




Pernah anak-anak FAMIMA dibacakan cerita nabi Allah Yusuf alaihissalam sekali. Kali kedua, cerita diulang selepas seminggu. Wah, semangat pula anak-anak FAMIMA menyambung cerita tersebut walaupun mereka hanya dengar sekali pada minggu sebelumnya.

Kami di FAMIMA sedar pentingnya seni mendidik anak-anak. Dengan memberi ruang kepada mereka, they can sometimes surprise us. FAMIMA dengan module khas "STEMT", memberi peluang kepada anak-anak untuk menunjukkan potensi mereka yang terpendam. Apa itu module "STEMT" dan apa ruang tersebut?

Pay us a visit for the details.

Saturday 3 September 2016

Belajar Melalui Bermain - 8. Permainan Tradisional

Permainan Tradisional adalah permainan budaya rakyat Malaysia yang selari dengan kurikulum PERMATA. Permainan tradisional selalunya mempunyai banyak maksud tersirat seperti kerjasama, kesabaran dan bertolak ansur. Anak-anak akan belajar nilai-nilai murni secara tidak langsung semasa bermain permainan tradisional ini.

Belajar Melalui Bermain - 7. Permainan Kognitif

Permainan Kognitif adalah permainan yang melibatkan pemikiran logik dan penyelesaian masalah. Anak-anak akan belajar perbandingan dan pengelasan di dalam permainan ini.

Belajar Melalui Bermain - 6. Permainan Kreatif

Permainan Kreatif adalah permainan yang melibatkan imaginasi dan skil rekacipta anak-anak. Penggunaan imaginasi boleh melibatkan lakonan seperti aktiviti membeli belah, berjumpa doktor, mengisi minyak kereta dan sebagainya.

Belajar Melalui Bermain - 5. Permainan Sensori

Permainan Sensori adalah permainan yang melibatkan deria anak-anak seperti deria pendengaran, penglihatan, rasa dan sentuhan. Permainan in boleh meransang perkembangan deria anak-anak dengan lebih berkesan.

 

Belajar Melalui Bermain - 4. Permainan Bahasa

Permainan Bahasa berlaku apabila anak-anak berkomunikasi, bertutur dan melakonkan semula apa-apa maklumat atau cerita yang didengar.

Belajar Melalui Bermain - 3. Permainan Fizikal

Permainan fizikal melibatkan penggunaan tenaga dan penerokaan di luar kelas. Di sini anak-anak boleh mencuba memanjat, melompat, berlari, mengimbangkan badan, menggelonsor dan sebagainya.

Belajar Melalui Bermain - 2. Permainan Manipulatif

Permainan Manipulatif adalah apabila anak-anak manipulasi sesuatu bahan atau objek semasa bermain. Ia menjadikan anak-anak lebih kreatif apabila boleh melahirkan idea dan fantasi mereka sendiri.

Belajar Melalui Bermain - 1. Permainan Bebas

Bermain adalah kerja yang seronok untuk anak-anak. Walaupun kerja, ia amat berkesan untuk perkembangan anak-anak.

Modul PERMATA mengelaskan bermain kepada 8 jenis.

1. Permainan Bebas

Anak-anak boleh memilih sendiri permainan kesukaan mereka. Ia membolehkan anak-anak meneroka, membuat eksperimentasi dan memperkembangkan daya kreativiti.