Wednesday 14 December 2016

Anakku Cepat Membaca

"Anak I dah start pandai baca umur 4 years old lagi".
"Eh!  Sama la. Anak I pun. Lepas hantar kat program tu, terus nampak perubahan. I terkejut tengok dia baca signboard masa i bawa dia shopping haritu"

Mungkin ini dialog ibubapa di luar sana. Semua bangga anak cepat membaca. Jika ada program yang bagus, terus dikongsi. Anak-anak yang nampak slow pun, boleh cepat belajar.

Walau bagaimanapun, ibubapa perlu pandang isu ini dari sudut berlainan.

Anak kita dah sedia membacakah?

Peringkat umur anak-anak pra-sekolah, core development mereka adalah melalui "explore and discover". Bukan membaca itu tak penting, tetapi bukan core. Ini adalah kerana, anak-anak baru sahaja kenal dunia dan mahu tahu apa cara menggunakan objek (aware), apa rasa objek itu (aware), apa gunanya (aware), apa jadi kalau saya jatuhkan (explore), apa jadi kalau saya lambung (explore), boleh tak saya jadikan ia lebih tinggi dan besar (discover), kalau saya buat begini apa jadi (explore), dan sebagainya. 


Tapi isunya, ibubapa nak juga anak cepat membaca! Betul tak? Ibubapa nak berapa cepat sebenarnya? Seminggu? Sebulan?

Ibubapa perlu sedar, anak-anak hanya mampu fokus dengan baik dalam 10 ke 15 minit sahaja untuk setiap sesi pembelajaran. Period fokus boleh menjadi 20 ke 30 minit jika sesi pembelajaran itu dibuat secara berkumpulan. Ini kerana mereka tidak stress apabila setiap kawan-kawan mereka turut terlibat dan mereka berasa seronok. Berapa banyaklah modul yang boleh dicover dalam 15 ke 20 minit itu? 

Sessi pembelajaran juga tak mudah diulang dengan kerap kerana anak-anak mudah bosan. Tapi, ibubapa nak anak cepat membaca juga ni! Apa jadi jika tiba-tiba kakak kata "Tak mahulah. Kakak benci, kakak dah pening". Ataupun, sambil kita mengajar, kakak menyampuk bercerita "teacher tahu, semalam kan, kakak ikut ibu jalan. seronoookk!". 

Boleh! Kita paksa je lah. Kalau di rumah, ibubapa boleh lah start capai rotan dan paksa "Kakak, pandang sini. Ulang apa ibu baca ni!". Kalau di sekolah, teacher boleh pujuk "Mari ulang lagi. Nanti kita cepat pandai. Kakak, ikutlah teacher ya".   


Ibubapa rasa apa jadi ya jika anak-anak akhirnya pandai membaca akibat sesi pembelajaran "bersulamkan" rotan dan pujukan berterusan?

Pandai baca cepat???
Mungkin

Minat membaca???
....belum tentu lagi!

Apalah guna anak dah pandai membaca pada umur 4 tahun tapi sehingga umurnya 10 tahun, hanya 10 buah buku sahaja yang dibaca. Membaca adalah satu kerja yang berat, yang tak diminati, dan hanya dibuat bila dipaksa.

Bukankah lebih baik jika anak pandai membaca akhirnya pada umur 6 tahun tetapi sudah membaca 10 buah buku apabila berumur 7 tahun? Membaca ni seronok! Saya dah boleh baca cerita sendiri...sama macam yang ibu selalu bacakan. Saya nak korek lagi almari, nak cari lagi buku. Banyaknya cerita yang best!