Wednesday 14 December 2016

Anakku Cepat Membaca

"Anak I dah start pandai baca umur 4 years old lagi".
"Eh!  Sama la. Anak I pun. Lepas hantar kat program tu, terus nampak perubahan. I terkejut tengok dia baca signboard masa i bawa dia shopping haritu"

Mungkin ini dialog ibubapa di luar sana. Semua bangga anak cepat membaca. Jika ada program yang bagus, terus dikongsi. Anak-anak yang nampak slow pun, boleh cepat belajar.

Walau bagaimanapun, ibubapa perlu pandang isu ini dari sudut berlainan.

Anak kita dah sedia membacakah?

Peringkat umur anak-anak pra-sekolah, core development mereka adalah melalui "explore and discover". Bukan membaca itu tak penting, tetapi bukan core. Ini adalah kerana, anak-anak baru sahaja kenal dunia dan mahu tahu apa cara menggunakan objek (aware), apa rasa objek itu (aware), apa gunanya (aware), apa jadi kalau saya jatuhkan (explore), apa jadi kalau saya lambung (explore), boleh tak saya jadikan ia lebih tinggi dan besar (discover), kalau saya buat begini apa jadi (explore), dan sebagainya. 


Tapi isunya, ibubapa nak juga anak cepat membaca! Betul tak? Ibubapa nak berapa cepat sebenarnya? Seminggu? Sebulan?

Ibubapa perlu sedar, anak-anak hanya mampu fokus dengan baik dalam 10 ke 15 minit sahaja untuk setiap sesi pembelajaran. Period fokus boleh menjadi 20 ke 30 minit jika sesi pembelajaran itu dibuat secara berkumpulan. Ini kerana mereka tidak stress apabila setiap kawan-kawan mereka turut terlibat dan mereka berasa seronok. Berapa banyaklah modul yang boleh dicover dalam 15 ke 20 minit itu? 

Sessi pembelajaran juga tak mudah diulang dengan kerap kerana anak-anak mudah bosan. Tapi, ibubapa nak anak cepat membaca juga ni! Apa jadi jika tiba-tiba kakak kata "Tak mahulah. Kakak benci, kakak dah pening". Ataupun, sambil kita mengajar, kakak menyampuk bercerita "teacher tahu, semalam kan, kakak ikut ibu jalan. seronoookk!". 

Boleh! Kita paksa je lah. Kalau di rumah, ibubapa boleh lah start capai rotan dan paksa "Kakak, pandang sini. Ulang apa ibu baca ni!". Kalau di sekolah, teacher boleh pujuk "Mari ulang lagi. Nanti kita cepat pandai. Kakak, ikutlah teacher ya".   


Ibubapa rasa apa jadi ya jika anak-anak akhirnya pandai membaca akibat sesi pembelajaran "bersulamkan" rotan dan pujukan berterusan?

Pandai baca cepat???
Mungkin

Minat membaca???
....belum tentu lagi!

Apalah guna anak dah pandai membaca pada umur 4 tahun tapi sehingga umurnya 10 tahun, hanya 10 buah buku sahaja yang dibaca. Membaca adalah satu kerja yang berat, yang tak diminati, dan hanya dibuat bila dipaksa.

Bukankah lebih baik jika anak pandai membaca akhirnya pada umur 6 tahun tetapi sudah membaca 10 buah buku apabila berumur 7 tahun? Membaca ni seronok! Saya dah boleh baca cerita sendiri...sama macam yang ibu selalu bacakan. Saya nak korek lagi almari, nak cari lagi buku. Banyaknya cerita yang best!

Thursday 29 September 2016

Taska Bondamama FAMIMA - Seni Mendidik Anak-anak FAMIMA.

Ada yang beranggapan anak-anak kecil, suka bermain dan sukar diasuh. Anak-anak cepat boring, mudah hilang fokus dan sukar dilentur. Anak-anak zaman sekarang tidak sama seperti zaman dahulu, semua mendengar kata. Patuh arahan ibu bapa. Tak berani melawan.

Mungkin ada benarnya. Tetapi, tidakkah kita juga tahu anak-anak sebenarnya menunggu tunjuk ajar dan bimbingan kita? Tidak semestinya mereka tidak ikut bermakna mereka tidak dengar.

Pengalaman mendidik anak-anak FAMIMA banyak mengajar realiti pendidikan yang sebenar. Jangan terkejut, jika kita mengajar anak "A" surah al-Fatihah dan anak "B" ayatul kursiy, sebenarnya anak "A" juga mampu membaca ayatul kursiy akhirnya. Mereka belajar tanpa kita sedari. Mereka belajar melalui apa yang mereka lihat, bukan apa yang kita lihat. Mereka belajar melalui apa yang mereka dengar, bukan apa yang kita dengar. Pendidikan anak-anak adalah satu seni yang hanya diperolehi melalui pengalaman.




Pernah anak-anak FAMIMA dibacakan cerita nabi Allah Yusuf alaihissalam sekali. Kali kedua, cerita diulang selepas seminggu. Wah, semangat pula anak-anak FAMIMA menyambung cerita tersebut walaupun mereka hanya dengar sekali pada minggu sebelumnya.

Kami di FAMIMA sedar pentingnya seni mendidik anak-anak. Dengan memberi ruang kepada mereka, they can sometimes surprise us. FAMIMA dengan module khas "STEMT", memberi peluang kepada anak-anak untuk menunjukkan potensi mereka yang terpendam. Apa itu module "STEMT" dan apa ruang tersebut?

Pay us a visit for the details.

Saturday 3 September 2016

Belajar Melalui Bermain - 8. Permainan Tradisional

Permainan Tradisional adalah permainan budaya rakyat Malaysia yang selari dengan kurikulum PERMATA. Permainan tradisional selalunya mempunyai banyak maksud tersirat seperti kerjasama, kesabaran dan bertolak ansur. Anak-anak akan belajar nilai-nilai murni secara tidak langsung semasa bermain permainan tradisional ini.

Belajar Melalui Bermain - 7. Permainan Kognitif

Permainan Kognitif adalah permainan yang melibatkan pemikiran logik dan penyelesaian masalah. Anak-anak akan belajar perbandingan dan pengelasan di dalam permainan ini.

Belajar Melalui Bermain - 6. Permainan Kreatif

Permainan Kreatif adalah permainan yang melibatkan imaginasi dan skil rekacipta anak-anak. Penggunaan imaginasi boleh melibatkan lakonan seperti aktiviti membeli belah, berjumpa doktor, mengisi minyak kereta dan sebagainya.

Belajar Melalui Bermain - 5. Permainan Sensori

Permainan Sensori adalah permainan yang melibatkan deria anak-anak seperti deria pendengaran, penglihatan, rasa dan sentuhan. Permainan in boleh meransang perkembangan deria anak-anak dengan lebih berkesan.

 

Belajar Melalui Bermain - 4. Permainan Bahasa

Permainan Bahasa berlaku apabila anak-anak berkomunikasi, bertutur dan melakonkan semula apa-apa maklumat atau cerita yang didengar.

Belajar Melalui Bermain - 3. Permainan Fizikal

Permainan fizikal melibatkan penggunaan tenaga dan penerokaan di luar kelas. Di sini anak-anak boleh mencuba memanjat, melompat, berlari, mengimbangkan badan, menggelonsor dan sebagainya.

Belajar Melalui Bermain - 2. Permainan Manipulatif

Permainan Manipulatif adalah apabila anak-anak manipulasi sesuatu bahan atau objek semasa bermain. Ia menjadikan anak-anak lebih kreatif apabila boleh melahirkan idea dan fantasi mereka sendiri.

Belajar Melalui Bermain - 1. Permainan Bebas

Bermain adalah kerja yang seronok untuk anak-anak. Walaupun kerja, ia amat berkesan untuk perkembangan anak-anak.

Modul PERMATA mengelaskan bermain kepada 8 jenis.

1. Permainan Bebas

Anak-anak boleh memilih sendiri permainan kesukaan mereka. Ia membolehkan anak-anak meneroka, membuat eksperimentasi dan memperkembangkan daya kreativiti.

Monday 15 August 2016

Anak berumur 5 tahun, mahu hantar ke mana?

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Soalan di atas mungkin pernah bermain di kepala ibubapa. Pelbagai faktor perlu dikira sebelum membuat keputusan. Tentu ibubapa tidak mahu anak mereka ketinggalan dari segi pelajaran apabila masuk darjah satu nanti. Tetapi, bagaimana pula dengan kos pendidikannya? Siapa pula yang akan menghantar dan mengambil mereka? Sempatkah ibubapa hantar adiknya ke taska, kemudian kakanya ke tadika? Bagaimana jika terpaksa balik lewat kerana mesyuarat penting atau traffic jam luar biasa berlaku?

FAMIMA mengendalikan operasi taska dan tadika. Berdasarkan masalah di atas, ada beberapa cara yang boleh ibubapa boleh pertimbangkan.

1. Hantar anak ke taska kategori kedua untuk "playschool".

Jika ibubapa membaca posting sebelum ini, ibubapa sepatutnya sudah tahu apa dia taska kategori kedua. Kategori ini tidak tertulis di mana-mana, cuma dikelaskan begitu supaya ia lebih mudah difahami.

Walaupun anak sudah berumur 5 atau 6 tahun, taska kategori kedua seperti FAMIMA masih sesuai dengan anak anda. Ini adalah kerana taska kategori kedua ada modul yang sesuai untuk umur anak-anak ini. Ia selalunya disebut "playschool". Ibubapa boleh mendapatkan perincian modul dengan taska untuk mendapatkan kepastian.

Untungnya menghantar anak ke taska adalah ia lebih mudah dan murah. Contohnya, jika ibubapa mempunyai seorang bayi dan seorang anak berumur 5 tahun, ibubapa hanya perlu hantar mereka berdua ke satu tempat sahaja. Tidak perlu lagi bersusah payah menghantar adik ke taska kemudian kakak ke tadika. Bahkan, kos upah juga selalunya lebih murah sedikit berbanding kos menghantar ke tadika. Makan minum juga lebih terjamin kerana pengurusan makanan dilakukan oleh pekerja berdaftar yang telah hadir kursus wajib Jabatan Kebajikan Masyarakat dan telah mendapat suntikan typhoid. Berbaloi kan?  

2. Hantar anak ke tadika dan day care.

Ibubapa juga boleh menghantar anak ke tadika yang turut memberikan khidmat day care. FAMIMA juga ada mengendalikan tadika seperti ini.

Pihak tadika wajib mengajar modul-modul sejajar dengan kehendak Jabatan Pendidikan Negeri. Jika ibubapa melihat ada tadika yang mempromosikan modul-modul mereka seolah-olah modul mereka tiada tandingan, janganlah mudah keliru. Walau bagaimana hebat pun jenama tadika tersebut, mereka masih perlu mengikut modul yang ditetapkan Jabatan Pendidikan Negeri. Mungkin cara penyampaian tadika tersebut berlainan seperti penggunaan audio-visual dan komputer. Ada juga yang menambah modul seperti bahasa mandarin, keusahawanan, al-baghdadi, dan sebagainya untuk menambah nilai. Itu adalah kelebihan tadika masing-masing, tetapi tetap tidak lari dari kehendak Jabatan Pendidikan Negeri.

Dalam pemilihan tadika, ibubapa perlu memikirkan kelangsungan ilmu yang diberi di tadika tersebut. Contohnya, ibubapa mahu anak belajar bahasa Mandarin. Bagus! Tetapi, apa akan jadi kepada ilmu tersebut selepas anak-anak masuk ke sekolah rendah nanti? Ada plan untuk mengaplikasikan bahasa Mandarin atau akan mati di situ sahaja? Jika tiada perancangan untuk kelansungan ilmu, eloklah fokus pada yang wajib sahaja.

Hantarlah Anak ke Taska

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Anak-anak dari bayi sehingga berumur 4 tahun perlu dihantar ke taska. Ibu bapa tidak boleh menghantar bayi ke tadika kerana pihak tadika tiada permit menjaga bayi walaupun atas dasar suka sama suka. Oleh itu, pasangan suami isteri yang bekerja perlu mencari taska untuk menjaga anak-anak mereka buat permulaan. 

Boleh juga menghantar anak-anak kepada datuk dan nenek mereka untuk dijaga. Tetapi, ibubapa perlu fikirkan juga, penjagaan anak-anak kecil agak remeh dan perlukan perhatian sepenuhnya. Kasihan datuk dan nenek yang bersusah payah membesarkan anak, kini bersusah payah menjaga cucu pula. Dimanakah masa mereka beribadat? Sempatkan bersolat dhuha? Sempatkah ke surau untuk belajar agama? Sempatkah solat qobliah dan ba'diah apabila menjaga cucu. Setelah penat seharian melayan kerenah cucu, laratkah mereka berqiamullail di malam hari? 

Bagi saya, baiklah keluarkan duit daripada membuli atau mengambil kesempatan atas kebaikan datuk dan neneknya. Jika datuk dan nenek rindu hendak bermain dengan cucu, bawalah mereka datang bermain 2-3 jam sahaja, bulan 12 jam setiap hari Isnin hingga Jumaat. 

Berbalik kepada operasi taska, secara amnya ada dua kategori pengusaha taska. Kategori pertama adalah penjagaan semata-mata. Kategori kedua adalah penjagaan dan pendidikan. Selalunya, harga upah kedua-dua kategori ini akan berbeza kerana kategori kedua melibatkan banyak aktiviti untuk perkembangan anak-anak. 

Tidak salah menghantar anak ke taska kategori pertama. Anak-anak tetap dijaga. Makan dan minum cukup. Cuma, mereka akan lebih bermain setiap hari dan menonton kartun di TV. Pengusaha tidak perlu siapkan modul harian, membeli permainan khas perkembangan anak-anak, ataupun menyediakan laporan perkembangan anak-anak.

Taska FAMIMA adalah taska kategori kedua. Taska kategori ini mengasuh anak-anak seperti kategori pertama tadi. Cuma, setiap hari, guru-guru akan mendidik anak-anak berdasarkan modul yang ditetapkan. Mungkin kita melihat mereka bermain seperti kanak-kanak lain, tetapi permainan akan disusun supaya perkembangan anak-anak seimbang dengan skill-skill tertentu. Anak-anak tidak mudah bosan kerana setiap hari, aktiviti berlainan akan dijalankan. Yuran pendaftaran yang ibu-bapa bayar akan diguna untuk aktiviti harian seperti alatan lukisan, buku, plastisin, kertas warna, gam dan sebagainya.  

Mungkin ibubapa risau anak-anak berasa tertekan dengan modul-modul tersebut. Hilanglah gembira zaman kanak-kanak kerana setiap hari perlu belajar bermacam-macam. Tetapi, percayalah modul di taska ringan dan tidak membebankan. Masalah anak-anak tertekan selalunya terjadi semasa di tadika nanti. 

Semoga anak-anak di FAMIMA terus ceria, gembira dan berjaya dengan modul asuhan dan didikan kami. Insyaa Allah.

Tadika atau Taska?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Di kesempatan ini, saya ingin mengupas secara ringkas berkenaan tadika dan taska. FAMIMA mengendalikan operasi tadika dan taska. Semoga pembaca boleh beri komen dan mendapat manfaat dari penulisan ini.

Secara amnya, tadika bermaksud TAman DIdikan KAnak-kanak. Tadika adalah pusat didikan di mana pengendalinya perlu fokus kepada "pendidikan". Ini berbeza dengan taska yang lebih fokus kepada "asuhan". Oleh sebab itu, pengusaha tadika akan lebih mempromosikan modul dan pencapaian anak didik masing-masing kerana fokus utama adalah pendidikan. Oleh sebab itu, kita jarang mendengar tadika mempromosikan penggunaan CCTV, air bertapis, asuhan oleh jururawat dan sebagainya kerana itu lebih menjurus kepada operasi taska. Bukan bermakna semua penggunaan di atas tidak penting, tetapi ia tidak menjadi fokus utama.

Taska pula bermaksud TAman aSuhan KAnak-kanak. Taska adalah pusat asuhan di mana pengedalinya perlu fokus pada "asuhan". Oleh itu, pengusaha taska akan lebih mempromosikan keselamatan dan asuhan seperti penggunaan CCTV, air bertapis dan asuhan oleh jururawat. Bukan bermakna pendidikan tidak penting, tetapi bukan menjadi fokus utama di taska.

Justeru itu, pengusaha Tadika akan banyak berurusan dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan pengusaha Taska akan banyak berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tuesday 26 July 2016

TADIKA FAMIMA

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

InsyaaAllah, jenama FAMIMA akan mengorak satu lagi langkah ke depan dengan adanya tadika FAMIMA pada 2017. Semoga dengan adanya tadika FAMIMA, syarikat kami akan terus fokus kepada core business kami iaitu "early education" untuk kemudahan pelanggan-pelanggan kami. Semoga Allah memudahkan perjalanan syarikat dan brand FAMIMA. Kami berharap supaya dapat bersaing dengan pemain-pemain besar di dalam bidang ini menjelang 2019. InsyaAllah.

Wednesday 20 July 2016

TASKA FAMIMA

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Taska FAMIMA yang terletak di Bangi Avenue sedia menerima pendaftaran anak-anak tuan/puan.

Dengan kedudukan kami yang strategik di tepi Bangi Wonderland, stesyen KTM Bangi dan Pasaraya CS, ditambah pula dengan rumah yang selesa iaitu 3 tingkat, kami yakin anak-anak akan berasa selamat dan tuan/puan rasa tenang dan mudah menghantar anak-anak ke taska FAMIMA.

1. Taska kami adalah taska yang ber'module' di mana, akan ada aktiviti-aktiviti yang dirancang setiap hari untuk perkembangan anak-anak.

2. Kami juga ada Jururawat yang bertugas sebagai penyelia untuk memastikan keselaman anak-anak di taska. Untuk kes-kes khas seperti anak sakit yang ringan tetapi ibu/bapa tidak dapat cuti, kami ada menyediakan 'sick bay' di mana anak-anak masih boleh di hantar tetapi di asingkan daripada anak-anak yang lain.

3. Keselamatan dan kebersihan amat diutamakan. CCTV ada dipasang untuk mengawasi keselamatan anak-anak di taska. Air yang dibekalkan ditapis dengan water filter.

Jika tuan/puan perlu bekerja awal, jangan risau. Kami mula dibuka pukul 6.30 pagi. Kami akan memandikan anak-anak tuan/puan tanpa sebarang penalti.

Sila hubungi kami jika ingin mendaftar. Pendaftaran awal akan diberi diskaun bulanan RM 100 untuk bayi dan RM 50 untuk kanak-kanak sepanjang 2016 ya. Jangan ketinggalan.

Sila hubungi Puan Siti (013-3939 745).

Terima kasih.

Sunday 17 July 2016

Haji dan Umrah : Penjagaan Anak semasa mengerjakan Haji dan Umrah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

InsyaaAllah, FAMIMA sedia memberikan perkhidmatan penjagaan anak-anak tuan/puan semasa Haji dan Umrah.

FAMIMA ingin memudahkan urusan Haji dan Umrah saudara-saudara kami kerana kami pun berhadapan dengan masalah yang sama. Takkanlah nak tunggu anak-anak besar semuanya baru kami boleh mengerjakan umrah dan Haji? Tak sanggup nak tunggu lama kerana hati kami rindu nak ke tanah suci.

Oleh itu, FAMIMA menyediakan perkhidmatan penjagaan anak-anak tuan / puan seperti berikut:

Perkhidmatan

1Rumah untuk diduduki anak sepanjang tuan / puan mengerjakan Haji dan Umrah.
2. Anak lelaki dan anak perempuan tidur di bilik berasingan.
3. Persiapan makan dan minum setiap hari (pagi, petang dan malam)
4. Rumah diselia oleh seorang penyelia wanita.
5. Seminggu sekali, anak-anak akan dibawa makan luar dan bersiar-siar.
6. Rumah siap dengan peralatan asas seperti katil, tilam, washing machine, water filter, televisyen dan internet.
7. Hanya orang yang dibenarkan ibu/bapa sahaja boleh melawat anak-anak.
8. Kawasan perumahan di kawal selia oleh khidmat security.
9. Penjagaan anak berumur 4 tahun sehingga 18 tahun sahaja.

Kos

1. Kos kami adalah meliputi kos makan, minum, penggunaan air, penggunaak elektrik, penggunaan internet, kos bersiar-siar, kos penyeliaan, kos membasuh baju dan lain-lain.

Satu orang anak = RM 70 sehari.

Kawasan

Bangi sahaja.


Hubungi kami untuk maklumat lanjut: 013-3939 745 (Puan Siti)

Opening of FAMIMA

Assalaamualaikum,

Kami ingin memperkenalkan syarikat kami yang bernaung di bawah jenama FAMIMA.

InsyaaAllah, FAMIMA yang kami tubuhkan adalah business entity yang berteraskan konsep mencari saham akhirat di samping kejayaan di dunia. Oleh itu, kebanyakan perkhidmatan yang kami sediakan adalah untuk menolong saudara-saudara kami menyelesaikan masalah mereka terutama pada bidang penjagaan dan pendidikan anak-anak.

Semoga, usaha kami mendapat keredhaan Allah dan mendapat sokongan semua pihak.

InsyaaAllah. Amin.

FAMIMA